Tag Archives: Tohmahan

An Open Letter To Kosmo!

Sent: Mon, Jul 27, 2009 at 11:51 PM

Kehadapan Editor Kosmo! Yang Dihormati,

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Jikalau awak beragama Islam, saya nasihatkan awak mengambil air sembahyang dan bertafakur atas kesalahan-kesalahan awak. Jika awak bukan beragama Islam, saya nasihatkan awak bertafakur menurut agama yang awak percayai. Jika awak seorang atheist, saya menasihatkan awak supaya bertafakur mengenangkan mangsa mangsa penganiayaan yang tidak bersalah seperti budak-budak kecil yang ibu bapa mati di dalam peperangan dan sebagainya.

Kerana, awak telah membenarkan wartawan awak menerbitkan satu artikel yang mengaibkan seseorang, ketika beliau sedang pergi menemui Tuhan nya.

Apa yang awak buat, zalim, berlandaskan nafsu mahu akhbar awak laris. Keji, mungkin Keji dan Jijik lebih sesuai, ayat yang digunakan untuk perbuatan ini.

Saya kasihani semua warga penerbitan Kosmo! yang secara tidak langsung akan menerima kutukan padah perbuatan seorang editor yang membenarkan artikel ini diterbitkan.

Awak telah menghancurkan hati ibu bapa Yasmin Ahmad, dan awak bertindak seolah olah, awak tidak kisah jika orang lain menghancurkan hati ibu bapa awak sebagaimana awak buat pada keluarga Yasmin Ahmad.

Saya harap, pihak Kosmo! dapat menghantar atau menerbitkan satu surat meminta maaf di atas perbuatan hina, keji dan jijik ini. Sungguh tidak adil sama sekali.

Wassalam.

Nurol (“Abby”) Latif