Someone knocked my inbox with an opportunity that left me grinning for the past hour. An opportunity I’ve always thought not qualified for.
I just deleted a whole load of things I just wrote for this post. Sometime later, someone will read it wrongly and tell me how emotional I am.
If I am told to be less emotional, it is as if I am told to be less of myself.
And all I can think of is this, the poem I read on Saturday.
Aku. Tiga. Dan Lima.
ini kata puisi
dari karyawan yang lara.
barangkali bikin hujan timpa
lebih bergelora.
kisah cinta dihisab
satu malam panjangnya.
mengenai si tiga
dengan yang ke lima.
kalau aku kira sepuluh
kembali ke nombor satu
mungkin tiga dan lima akan ku curi
bawa pergi. jauh dari sini.
mungkin kita lenjun ketika ribut melanda
biar demam dalam kehangatan cinta.
bersama tiga. dan lima.
kalau empat tambah satu
dan empat tolak satu
tiga dan lima masih milikku.
hei tiga dan lima
lantang kau laung kata cintamu
yang dengar bukan satu, bukan seribu.
dan juga bukan aku.
tapi lagak karya sasar amir hamzah
atau nobatan cinta ilahi si rumi
ini puisi insan bernama abby
nombor ganjil tidak bererti
jadi biarlah aku, tiga dan lima
di dalam hutan gelap puaka
bermadu cinta manja dan lara
kerana kami semua
bukan uda, bukan dara.
hanya aku. tiga. dan lima.