entri ini untuk ashvina marie naidu

kerana beliau adalah seorang yang istimewa.

bukan senang kita mahu jumpa gadis India di pekan kuala lumpur yang berusia 23 tahun dan petah bercakap di dalam loghat kelantan. gadis-gadis melayu yang asalnya dari sana pun ada segelintir yang malu berbahasa melayu loghta kelantan. ramai yang mahu mengadaptasikan loghat orang Inggeris atau orang Amerika, malah loghat Australia yang sungguh tipu dan tak original pun ada. tetapi takpe, itu usaha mereka di dalam globalisasi. syabas.

namun tetapi. hari ini ashvina marie naidu, rakan yang saya baru kenal sejak 2-3 bulan yang lepas, meraikan hari jadi nya yang ke-23. walaupun pada usia 23 tahun, semangat jiwanya sebagai pensyarah seperti seorang ibu, mendidik pelajar yang hanya 5 tahun muda daripadanya.

ashvina atau lebih mesra saya panggil dengan nama ash, sentiasa akan memuji kebaikan hati saya, tetapi beliau lupa, kawan itu mencerminkan diri kita sendiri, dan saya hanyalah cermin kepada ketulusan dan keikhlasan hati beliau yang acapkali beliau nafikan dengan tujuan merendahkan diri.

beliau perlu sedar. hati nya seperti rambut nya. kerinting besar dan mengerbang. cuba mahu meliputi setiap kawasan jikalau boleh. ini bukan umpatan atau tohmahan. tetapi hanyalah pujian ikhlas.

ash membuat saya mahu menyayangi, menyayangi di luar bidang kuasa saya, mencecah setiap ruangan yang ada. ash sentiasa membuat saya tersenyum dan berterima kasih kerana saya mempunyai kemahuan untuk memberikan cinta saya kepada semua, bukan hanya seorang.

ini baru bulan ketiga persahabatan kami. saya amat berharap persahabatan ini berpanjangan. kami sudah berlagak seperti kami telah berkawan selama 23 tahun.

ashvina marie naidu. terima kasih sayang. i love you. happy birthday.